Cara Mudah Menjadi Edpuzzle Coach

Edpuzzle coach

Bagaimana menjadi Edpuzzle Coach? Adakah perlu menjadi pengguna tegar Edpuzzle? Adakah perlu mengambil ujian seperti Google Certified Educator? Dalam blog post kali ini, saya nak kongsikan cara menjadi Edpuzzle Coach dan mengapa saya berusaha untuk lengkapkan modul Edpuzzle Coach dan dapatkan sijil Edpuzzle

Alhamdulillah, saya berjaya menjadi Edpuzzle Coach.  Ini adalah sijil Digital Classroom kedua yang saya ambil pada tahun 2023. Sijil pertama saya ambil tahun ini adalah sijil Quizizz Games Changer. Cara untuk menjadi Edpuzzle Coach ini mudah, percuma dan boleh ambil sepanjang tahun. Kalau pernah ambil kursus EPSA, nak ambil sijil Edpuzzle Coach ni adalah lebih kurang macam kita lengkapkan kursus EPSA. 

Langkah Pertama

Layari laman sesawang Edpuzzle Online Profesional Development https://learn.edpuzzle.com/onlinepd . Dalam laman web ini ada banyak pilihan pensijilan Edpuzzle. Kalau anda pengguna baharu, mungkin boleh bermula dari Level 1, tetapi jika pernah menggunakan Edpuzzle sekali dua, boleh terus ambil pensijilan Edpuzzle Coach.

Edpuzzle Coach

Jangan risau, kalau anda jarang guna Edpuzzle. Video dalam module Edpuzzle Coach ini mudah difahmi, dan soalan hanya berkaitan dengan video sahaja.

Langkah kedua

Setelah anda pilih modul Edpuzzle Coach, anda perlu sign up. Selepas sign up, Edpuzzle akan beri class code. Anda perlu ke laman utama Edpuzzle, https://edpuzzle.com/ dan log in. Saya cadangkan anda log in menggunakan email yang sama dengan Google Classroom. Saya gunakan email moe Delima untuk Edpuzzle dan semua akaun digital classroom. Anda perlu log in sebagai 'student' ya, bukan sebagai teacher kerana kita akan mengikuti module sebagai Coach. Selepas log in sebagai student, barulah anda boleh copy paste class code di ruang yang disediakan.

Daftar Edpuzzle Coach

Langkah Ketiga


Apabila anda join class, pada side bar, akan tulis Module 1/3. Anda kena selesaikan 3 module. Setiap module ada beberapa video. Tonton video tersebut ikut turutan. Sesetengah video ada soalan, sesetengah tiada soalan. Setelah selesai Module 1/3, Edpuzzle akan beri class code baharu. Class code ini terdapat pada video terakhir, bahagian paling hujung. Anda perlu klik class code itu untuk ke Module 2/3 dan seterusnya 3/3. 


Sign Up Edpuzzle

Setelah selesai ketiga-tiga module, anda perlu mengisi borang. Kemudian, anda akan diberikan link untuk muat turun sijil dan badge Edpuzzle Coach. Selesai. Pada pendapat saya, masa untuk melengkapkan Module Edpuzzle Coach tak sampai sejam, sebab videonya pendek-pendek sahaja. Tapi semasa lengkapkan module, saya buat santai-santai saja. Habis tengok dua tiga video, sidai kain. Then tengok balik video...masak..makan...kemas-kemas... haha... dari pagi sampai petang baru siap. Kalau anda nak lengkapkan video ni berhari-hari pun boleh. Tiada had masa. Mudah kan.

Jadi kenapa saya dapatkan sijil Edpuzzle Coach.  Tentulah yang pertama kerana saya minat untuk explore digital apps untuk Pdp. Edpuzzle antara app saya gunakan dalam kelas terutamanya dalam Google Classroom. Dalam module Coach ini, terdapat juga dikongsikan idea menggunakan Edpuzzle, jadi saya dapat mempelbagaikan lagi idea menggunakan Edpuzzle.

Selain itu, boleh claim dalam SPLKPM. Bertambahlah mata kredit dan jam kursus. Bertambahlah sijil. Saya baru sedar, kepelbagaian sijil itu penting terutamanya apabila isi borang Time Based Berasakan Kecemerlangan (TBBK). Dalam borang tu, kena tulis sijil peringkat apa. At least kalau ada sijil seperti Edpuzzle ni, bolehlah tulis sijil peringkat international, sebab Edpuzzle berpengkalan di US, dan guru seluruh dunia mengambil modul yang sama. Kalau anda nak apply untuk Guru Cemerlang, mestilah lagi perlukan sijil sijil international ni kan...

Selamat melengkapkan module Edpuzzle Coach. Welcome to Edpuzzle Coach Club!