UjiKO adalah suatu inovasi bagi pembelajaran secara gamifikasi yang berunsurkan teka silang kata dan dikembangkan secara dalam talian untuk kursus SK025 bagi subtopik Pengujian Sebatian Kimia Organik (Chemical Test). UjiKO adalah merupakan singkatan daripada perkataan Ujian Sebatian Kimia Organik. UjiKO mengaplikasikan pembelajaran melalui gamifikasi sejajar dengan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) berdasarkan teori pembelajaran kognitif agar PdP dalam dunia digital dapat diperkasakan.
UjiKO adalah permainan dalam talian yang terdiri daripada empat peringkat teka silang kata dengan perbezaan kesukaran iaitu peningkatan tahap kesukaran. Satu teka silang kata interaktif terdapat di setiap peringkat dan dihasilkan menggunakan crosspuzzle.com. UjiKO dimainkan secara individu dan berkumpulan serta boleh digunakan sebagai bahagian dari set induksi, pengayaan atau penyemakan sepanjang pelajaran.
Status produk UjiKO dibangunkan menggunakan pelantar Google Sites dan telah siap sepenuhnya. Kami akan mempromosikan produk ini kepada semua pensyarah dan guru Kimia samada dari kolej matrikulasi, sekolah mahupun universiti.
Objektif UjiKO adalah untuk:
1. Menyediakan alat pengajaran dan pembelajaran (PdP) interaktif yang sesuai untuk gamifikasi dalam pembelajaran dalam talian.
2. Meningkatkan tahap pemahaman pelajar mengenai subtopik Pengujian Sebatian Kimia Organik.
3. Meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar subtopik Pengujian Sebatian Kimia Organik.
UjiKO amat mudah untuk digunakan. Pensyarah hanya perlu mengedarkan capaian Google Sites https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/ujiko/home kepada pelajar melalui aplikasi seperti Google Classroom, Whatapps ataupun telegram. Google Sites dipilih sebagai pelantar bagi gamifikasi UjiKO kerana Google Sites dapat beradaptasi dengan saiz paparan peranti elektronik pelajar. Oleh itu, tidak akan timbul masalah daripada peranti seperti tulisan terlalu kecil atapun gambar terlalu besar kerana saiz diubahsuai secara automatik.
Apabila pengguna UjiKO klik capaian Google Sites, pengguna akan dibawa kepada menu utama UjiKO. Penggunaan UjiKO tidak perlu pemantauan daripada pensyarah dan pelajar dapat menggunakan di dalam kelas mahupun diluar kelas. UjiKO boleh dimainkan secara individu dan boleh digunakan sebagai pengayaan atau penyemakan sepanjang pembelajaran kendiri mereka