Bengkel TOT Amalan Terbaik PdP Dalam Talian

Amalan Terbaik PdP dalam talian

Bengkel TOT Amalan Terbaik PdP Dalam Talian telah dianjuran oleh JK Digital Classroom Kolej Matrikulasi Perak. Bengkel ini dijalankan secara live streaming melalui Google Meet dan Youtube Live pada 30 Oktober 2020 jam 10.00 pagi - 12.30 tengah hari. 

Ahli panel yang terlibat adalah Pn. Rohaida, Subject Matter Expert (SME) Perakaunan, Pn. Indrani, Pensyarah Sains Komputer dan Puan Ainiza, Pensyarah Fizik. Saya sebagai penyelaras program juga diberikan satu slot untuk penerangan tugasan bengkel ini. Moderator adalah Pn. Sarmila manakala streamer adalah En Shakirin, kedua-duanya dari Unit Sains Komputer, KMPk.

Semasa bengkel ini, Pn Rohaida membincangkan cabaran dan strategi mengajar dalam talian. Pn Idrani berkongsi pengalaman dan amalan mengajar tutorial dalam talian manakala Pn Ainiza berkongsi pengalaman mengajar amali dalam talian. Rakaman youtube live bengkel adalah bawah.




Siapakah yang harus menonton video ini? ya, kita. Sebab sebagai pendidik, tak kira şamaada guru sekolah, guru pusat tingkatan 6, pensyarah kolej matrikulasi mahupun pensyarah universiti, kita harus bersedia untuk remote teaching memandangkan wabak Covid-19 masih lagi belum reda.