Semasa Temuduga HLPS, panel penemuduga saya adalah Pengetua Kanan Sekolah Berasrama Penuh dan Pensyarah Kanan IPG. Kedua-duanya memiliki PhD. Saya yakin, kedua-dua panel mahir tentang pentadbiran, penulisan kertas cadangan @ proposal dan up to date tentang keperluan kajian dalam sistem pendidikan Malaysia.
Semasa temuduga HLPS, dua perkara sahaja yang perlu dibawa iaitu, fail sijil dan proposal. Dalam fail sijil tu, muatkanlah dokumen-dokumen yang diminta dalam surat panggilan temuduga. Proposal pula, perlu disediakan mengikut format yang diminta oleh KPM. Format proposal diberi semasa kita mengisi borang permohonan HLPS. Proposal perlu ada tiga salinan iaitu untuk setiap ahli panel dan satu untuk rujukan kita semasa temuduga.
Proposal, boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris. Saya menulis proposal dalam Bahasa Melayu. Sebaik-baik mungkin, binding proposal itu. Janganlah sekadar stepler sahaja. Biar nampak profesional dan bersungguh-sungguh. Semasa temuduga hari tu, saya tak sempat nak binding, tapi saya masukkan proposal dalam file. OK jugak kan. Nampak smart (^__^).
Apakah soalan yang di tanya oleh panel???? Banyak sangat. Pertama, panel tanya tentang latar belakang Kolej Matrikulasi Sarawak, iaitu tempat saya mengajar. Kemudian panel tanya tentang sumbangan saya dalam perkhidmatan. Mereka juga tanya soalan provokasi iaitu apakah cabaran paling utama semasa mengajar. Saya jawab masa. Tapi sepatutnya saya berikan jawapan yang lebih positif dan profesional. Menyesal jugak dengan jawapan yang diberikan, tapi jawapan saya tu, sangat jujur dari hati saya. Selain itu, panel tanya kenapa saya nak sambung master. Mereka tanya dalam Bahasa Melayu, dan saya jawab pun dalam Bahasa Melayu.
Seterusnya, mereka minta saya explain proposal in English. English tau...susah saya nak twist otak saya ke English. Sewaktu saya terangkan proposal, banyak soal jawab tentang proposal saya tu. Antaranya, kepentingan kajian, kesahkan kajian, skop kajian, metadologi dan kesan variable. Panel juga tanya, ada tak kajian yang pernah dilakukan berkaitan dengan proposal yang dibuat. Panel siap tegur, teknik penulisan proposal saya. Mereka bagitahu, kalau ada dua objektif kajian, persoalan kajian pun mesti dua. Terdiam saya. Kemudian saya jawab, nanti bila sambung buat master, saya akan baiki teknik penulisan proposal.
Apa lagi yang mereka tanya???? Isu pendidikan la. Sambil explain proposal dalam BI mereka tanya tentang 21 century skill, PPPM, KBAT....mungkin ada lagi kot. Lelah saya jawab dalam BI. Saya tak tersedia nak jawab tentang isu pendidikan dalam BI...panel juga tanya tentang teori konstruktivisme dan pendekatan inkuiri (mungkin sebab saya banyak guna istilah kontruktivisme dan inkuri dalam proposal). Keseluruhan, boleh dikatakan, bahasa yang digunakan adalah English dan lebih berfokus pada proposal yang kita sediakan. Sesi temuduga ini ambil masa 15-20 minit sahaja. (tapi rasa macam sejam)
Nasihat saya untuk rakan-rakan yang akan pergi ke temuduga HLP atau HLPS buat proposal sebaik mungkin. Proposal adalah diskriminasi utama bagi calon HLP. Cari kajian yang terbaharu, iaitu diterbitkan 5 tahun terkini dan ubahsuai kajian tersebut. Contohnya, jika kajian itu dibuat untuk pelajar sekolah rendah, anda boleh buat kajian tersebut kepada pelajar sekolah menengah. Rujukan proposal pun, carilah yang terkini, daripada dalam dan luar negara. Anda boleh cari kertas kajian daripada google scholar.
Teknik penulisan proposal, biarlah betul. Nanti ditegur seperti yang berlaku pada saya. Anda boleh rujuk cara penulisan proposal daripada blog Dr. OT. Dr Othman Taib adalah pensyarah Falkulti Pengajian Pendidikan. Mudah kita nak faham cara tulis proposal sebab contoh yang berikan berkaitan dengan PdP.
Selain itu, kaitkan proposal anda dengan isu terkini. Contohnya, dalam proposal saya, saya buat hubungkait PPPM. Proposal saya selari dengan PPPM, dan boleh dijadikan eviden PPPM dan rujukan KPM. Seterusnya, semasa temuduga, jangan terlalu defense semasa membentangkan proposal. Terima cadangan ahli panel sebagai penambahbaikan kajian anda. Mungkin ahli panel lebih tahu keperluan kajian untuk sumbangan kepada kementerian.
Alhamdulilah, saya lulus temuduga ini.
Semoga perkongsian saya ini memberi sedikit gambaran kepada rakan-rakan yang akan menghadiri temuduga HLP / HLPS.
Good luck!