Kursus KBAT Sains Gabungan Sekolah Kuala Kangsar

Rentetan daripada kursus KBAT untuk Pengetua dan Ketua Panitia, pengetua-pengetua daerah Kuala Kangsar telah bersetuju untuk menjalankan kursus KBAT Sains dan KBAT Matematik peringkat sekolah secara berkelompok. Maknanya, semua guru sains dan matematik seluruh Kuala Kangsar dikumpulkan di satu sekolah untuk kursus KBAT peringkat sekolah. SMK Clifford menjadi tuan rumah untuk KBAT Sains manakala SMK Tun Perak tuan rumah KBAT Matematik. Kursus ini berlangsung selama lima hari, sama seperti kursus untuk ketua panitia. Masanya pun sama, 8.00 pagi hingga 4.00 petang.(bak kata pegawai PPD, x boleh potong-potong)

Sebagai tuan rumah, pada mulanya Ketua Panitia dan saya risau tentang perbelanjaan jamuan dan kos fotokopi, tapi nasib baik turun dana untuk Kursus KBAT peringkat sekolah. Disebabkan kami buat secara berkelompok, urusuan L.O makanan diserahkan terus kepada PPD. Kami juga dapat claim fotokopi daripada PPD. Cuma, barang-barang untuk slot IBSE dan i-Think je kami perlu beli sendiri. So, terdapat la kutipan wang daripada setiap sekolah.

Semasa kursus ni, saya jadi gila kuasa, (hohoho...). Semua slot hari pertama dan slot hari kedua saya ambik. Kononnya JU, dah ada pengalaman bagi lecture, tapi bila tengok ramai cikgu-cikgu hadir, lebih kurang 70 orang, saya terus gemuruh. Rasa nak pengsan pula ada, rasa nak lari balik pun ada. Bayangkanlah, yang mendengar lecture saya, 90% adalah lebih senior daripada saya, seorang Guru Cemerlang JUSA C, beberapa orang Guru Cemerlang dan ada JU Kebangsaan PBS...cikgu saya zaman sekolah dulu pun ada sekali. hohohoho...semuanya muka serius. Saya pun terpaksa la serius jugak. Lebih serius berbanding semasa bagi lecture untuk pengetua-pengetua... dan untuk dua hari, saya rasa, apabila saya memegang mikrofon saya jadi orang lain. Terasa besar sangat tanggungjawab saya sebagai JU. Kalau saya tersalah, satu daerah akan tersalah ...hmmm... Saya harap, apa yang saya sampaikan adalah sama dengan harsat BPG, dan tak menyebabkan guru-guru tersalah tafsir tentang KBAT.

Hari ketiga, dan hari-hari seterusnya, slot dibahagikan mengikut sekolah. Setiap Ketua Panitia mengambil satu slot. So, saya dah tak stress. Cuma membantu bila diperlukan sahaja.So, sempat la ambil beberpa snap gambar sebagai kenangan.

Serius je cikgu-cikgu ni buat keje. Jangan la mereka stres dgn kursus ni.

Yang ni pula gambar cikgu-cikgu CSKK semasa kursus. Saya sempat ambil gambar untuk tiga hari pertama je. Sebab hari ke empat dan kelima saya tak hadir kursus sepenuhnya. Hari ke-empat saya ke Majlis Anugerah Penghargaan Guru Sains dan Matematik. Hari ke-lima pula, saya chips more, kejap ada, kejap tak ada sebab buat kelas tambahan Sains dengan 5PP.

Mereka pun buat muka serius yang amat sangat!

Walaupun saya chips more pada hari kelima, majlis penutup saya datang jugak untuk memberi summary. (saya tak prepare, time ni otak saya penuh dengan tajuk sains SPM, KBAT telah disingkirkan). Lepas tu, kami adakan sesi bergambar bersama semua guru sains. Tapi saya x ada gambar tu...sedih. Gambar yang saya ada cuma gambar bersama ketua-ketua panitia/wakil yang menjadi JU sekolah/fasilitor dalam kursus ini.



Alhamdulillah, selesai juga kusus KBAT ini. Dari bulan September hingga November, otak saya cuma memikirkan tentang KBAT sahaja. Terima kasih kepada semua yang telah membantu saya melancarkan kursus ini. Terkurang, terlebih, harap dimaafkan. Saya budak baru belajar. :)