4 tips Hilangkan Mengantuk Ketika Belajar

Mengantuk ketika belajar adalah perkara biasa bagi seseorang pelajar. Tapi masalah ini harus diatasi dengan secepat mungkin. Jika mengantuk, pelajar akan tercicir pelajaran yang diajar oleh guru di dalam kelas dan tidak dapat mengulangkaji dengan sempurna di rumah. Kesannya, pelajar tidak memperoleh keputusan cemerlang semasa peperiksaan.



Berikut adalah tips untuk mengelakkan mengantuk ketika belajar. Walaupun tips ini nampak mudah, tapi ia amat-amat berkesan jika diamalkan setiap hari. InsyaAllah


1. Pasang Niat –
Untuk apa anda belajar, kenapa pula anda belajar? Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tidak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.


2. Belajar dalam jangka waktu yang pendek –
Ini penting. Selepas 1 jam, berhenti sekejap. Kalau 30 minit sudah rasa penat pun tidak mengapa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Amalkan tabiat begini selalu, dan anda akan rasa anda tidak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda.


3. Dapatkan tidur yang cukup –
Ramai yang terlepas pandang mengenai hal ini. Tidak ada gunanya menelaah berjam-jam tetapi hasilnya sama saja dengan mereka yang menelaah hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tidak sama dengan mereka yang belajar, tetapi tiada kualiti. Jika inginkan kualiti masa belajar, pastikan anda benar-benar segar dan cergas semasa belajar. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.


4. Minum Air Masak (kosong) –
Jadikan amalan minum air masak sebagai amalan harian. Makan buah-buahan selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja anda. Air ini akan membantu anda jadi penenang apabila anda gelisah. Jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, agar anda berasa lebih cergas dan lebih sihat dalam urusan harian



FB Ensaiklopedia Petua Melayu Lama



Photobucket