Orang Berilmu
Orang berilmu,
bukanlah mesti belajar sehingga Phd,
bukanlah mesti merantau ke luar negara,
bukanlah mesti berpengalaman berpuluh tahun,
bukanlah mesti pandai berhujah,
bukanlah mesti berpangkat besar,
bukanlah mesti kaya hartanya.
Orang berilmu,
tidak menyalahkan, tapi membetulkan,
tidak meminta, tapi memberi ikhlas,
tidak menunjuk, tapi merendah diri,
tidak mengarah, tapi memimpin.
Orang berilmu,
sentiasa mencari ilmu,
sentiasa berkongsi ilmu,
sentiasa mengamalkan ilmunya,
Orang berilmu,
terpancar dari auranya.
terdengar dari tutur katanya,
terlihat dari tingkah lakunya,
terukir dari senyumannya,
Farahiyah
4 Julai 2015
Pustaka Negeri Sarawak