Kalau nak tahu, ini kali pertama saya tengok lobster, dan saya terkejut sebab lobster yang saya tengok tak sama macam yang saya bayangkan. Saya bayangkan lobster adalah udang besar yang mempunyai kaki penyepit yang besar tapi, rupa-rupanya lobster Sarawak dan Sabah tak ada kaki penyepit yang besar tuu. Lobster yang ada kaki penyepit tuu, lobster dari cold-water, tapi lobster Malaysia ni spesis dari spesis hot-water.
Saya beli lobster yang masih hidup. Baru je naik dari bot nelayan. Saya nak masukkan terus dalam peti ais, tapi kaki lobster ni panjang, tak muat freezer rumah saya di Kuching tuu. Nak, tak nak, kena potong kaki dan sesunggut lobster ni sewaktu lobster tuu masih hidup. Terasa macam kejam sangat, tapi nak buat macam mana...lobster ni, susah nak mati. Saya biarkan lama dalam sink, tapi masih hidup. Akhirnya lobster tuu mati dalam freezer, dengan keadaan kudung. Sorry ye en lobster!
Oleh sebab saya nak bawak balik ke semenanjung, lobster tuu harus beku sepenuhnya. Kalau tak, lobster akan rosak. Jadi untuk memastikan lobster tu beku sehingga sampai ke Kuala Kangsar, saya balut setiap lobster tuu dengan wrapping plastic, kemudian simpan lobster tuu dalam foam box. Foam box disimpan dalam kotak kertas A4. Alhamdulillah, lebih kurang lapam jam di dalam foam box, lobster masih lagi dalam keadaan beku.
Belum masak kena basuh dan siang lobster dulu kan... maka nya saya belajar siang lobster dari internet dan rakan pensyarah yang pernah masak lobster. Tapi akhirnya saya siang ikut cara saya. Saya potong dua lobster tu, asingkan kepala dan ekor. Kemudian, untuk bahagian kepala saya belah kepala lobster bahagian atas dan bawah menggunakan gunting, supaya senang nak makan bila dah masak nanti. Untuk bahagian ekor pula, saya gunting bahagian atas ekor dan buangkan tali hitamnya.
Dah selesai siang lobster, mak saya sambung tugas memasak. Mak masak rendang pedas, seperti yang dicadangkan oleh bapak. Versi tradisional kan. Kalau di internet, ramai orang masak butter lobster. Rendang pedas mak saya ni, resipinya sama je macam masak rendang pedas ayam. Bahan-bahannya bawang merah, bawah putih, halia, serai, kunyit dan 1.5kg santan pekat.
Cara masak rendang lobster ni pun sama je seperti masak rendang ayam. Mak saya tumiskan bahan-bahan ini dahulu, kemudian baru dia masukkan udang. Lepas dia masukkan udang, saya jadi tukang kacau sehingga la lobster tuu masak, iaitu bertukar warna kepada merah.
Tak sempat nak buat platting cantik-cantik. Lobster dalam gambar ni pun adalah bahagian yang terakhir. Yang lain tak sempat nak tangkap gambar sebab dah masuk dalam perut dulu. Rasa lobster macam udang, tapi lebih pejal dan lebih sedap. Rasa sekali, memang nak lagi.