Saya berhasrat nak melepaskan tugas saya sebagai felo. Saya dah jumpa
Pengarah Kolej. Dia minta saya tulis surat rasmi tapi dia tak janji untuk
meluluskan pemohonan saya untuk meletakkan jawatan sebagai felo. Maksudnya,
terdapat kebarangkalian pemohonan saya ditolak.
Enam bulan lebih menjadi felo, saya sebenarnya tak ada masalah untuk menjaga
pelajar di asrama, memantau aktiviti mereka pada sebelah petang dan malam dan
menghantar mereka ke hospital jika terdapat kes kecemasan. Penat, memang penat,
sebab terpaksa kerja siang dan malam. Tapi sokongan pelajar dan rakan felo
sangat bagus. Pelajar-pelajar tak pernah menimbulkan masalah, dan rakan felo
sentiasa memberi tunjuk ajar.
Tapi, saya tak nak jadi felo dah. Sebab ia menjadi halangan untuk saya balik
ke semenanjung. Hmm, dulu semasa saya terima permintaan Pengarah untuk jadi
felo, saya tak fikir ia sesuatu yang menyusahkan saya untuk membantu pihak
pengurusan menguruskan pelajar di asrama. Tapi apabila tugas felo menjadi halangan
untuk saya pulang ke semenanjung semasa hujung minggu dan cuti semester, saya
nekad, tak nak jadi felo.