Majlis pelancaran Buku Teks Digital KPM telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan II pada 7 Februari 2014 di Petaling Jaya.
Berikut adalah langkah untuk mengakses buku teks digital
Langkah pertama: Log masuk VLE sekolah
Setiap sekolah mempunyai VLE masing-masing kecuali beberapa sekolah tertentu yang masih dalam proses. Jika anda tidak tahu alamat/URL bagi VLE sekolah anda, anda boleh dapatkan di laman web 1bestarinet.net. Log masuk VLE sekolah menggunakan ID Yes. ID Yes boleh diperoleh daripada guru yang bertanggungjawab sebagai Coordinator/admin.
Langkah kedua: Klik menu 'Quick Lunch'
Setelah anda log masuk ke VLE, klik link ' Quick Lunch' . seperti gambar di atas. Link ini terdapat di penjuru atas sebelas kanan. Dalam Bahasa Melayu 'Quick Lunch' adalah 'Pelancar Pantas'
Langkah ketiga: Klik menu 'Frogstore'
Setelah anda klik 'Quick Lunch' akan keluar satu senarai pilihan menu. Anda perlu memilih menu 'Frogstore' seperti dalam gambar di atas.
Langkah ke-empat: Klik menu 'books'
Di dalam Frogstore anda perlu memilih menu books seperti gambar di atas. Kemudian, sila cari buku teks digital yang anda kehendaki berdasarkan subjek dan level. Contohnya:
Subject: Sains Level: Secondary
Anda boleh add seberapa banyak buku yang ada suka.
Langkah ke-lima: Add pilihan buku digital
Anda perlu add buku digital yang anda kehendaki seperti. Buku yang telah ditambahkan/add akan dimasukkan ke dalam bookshelf @ rak buku anda secara automatik.
Gambar di bawah menunjukkan contoh rak buku saya dalam VLE.
Untuk melihat rak buku, anda hanya perlu klik 'Quick Lunch' dan seterusnya pilih menu 'bookshelf'
Langkah ke-enam: Menggunakan buku
Apabila anda hendak menggunakan buku digital yang telah di-add, anda hanya perlu klik buku tersebut di bookshelf @ rak buku. Kemudian anda boleh gunakan buku tersebut
Selamat mencuba.