Menulis blog adalah sebahagian daripada minat saya. Di dalam blog ini saya lebih dikenali sebagai Cikgu Zamrud. Saya juga dikenali sebagai Hijau Zamrud oleh sesetengah blogger.
Entri-entri yang ditulis di dalam blog ini merangkumi:
- Aktiviti harian saya di sekolah, di rumah, semasa bercuti atau semasa berkursus.
- Artikel menarik mengenai Sains dan teknologi.
- Berita pendidikan dan isu semasa mengenai guru.
- Semakan keputusan UPSR, SPM, STPM, MUET dan PLKN dan semakan permohonan online.
- Pautan ke portal-portal berkaitan dengan guru dan dunia pendidikan.
- Soalan Percubaan Sains dan Kimia bagi PMR dan SPM
- Perkongsian nota, latihan dan persembahan Power Point Sains dan Kimia Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
- Perkongsian bahan-bahan PBS Sains Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.
- Nota-nota online Sains dan Kimia Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Pada tahun 2013, entri yang mempunyai paling banyak pembaca adalah seperti berikut:
- Instrumen B6D2E1 #1-Makanan dan Amalan Pemakanan (112807 pageview)
- Instrumen B6D2E1 #2- Contoh Susunan Penulisan Makanan dan Amalan Pemakanan (103000 pageview)
- Ujian Kompetensi ICT Guru- http://ict-kpm.azurewebsites.net (102869 pageview)
- Alat Teknologi untuk Mengatasi Had Deria Penglihatan dan Pendengaran (102553 pageview)
- Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar (96033 pageview)