“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)
Ashleymadison.com adalah suatu laman web yang mempromosi gaya hidup zina iaitu mengalakkan seks bebas. Maka, marilah kita bersama-sama menyuarakan bantahan agar laman web ini versi Singapura tidak dibina, jika laman web seperti ini wujud, ia akan memberi pengaruh seks bebas dan zina kepada penduduk Malaysia khasnya dan penduduk Asia amnya.
Sesungghnya zina adalah perbuatan haram. Maka semua perantara/wasilah yang dapat mengantarkan kepada zina juga haram hukumnya, termasuk laman web ini.