Menu utama jamuan hari raya 5PP tahun ini adalah nasi ayam, lemang dan rendang tok. Ada juga menu sampingan yang dibawa oleh murid-murid dari rumah. Saya tak pasti sangat menu jamuan sebab semasa jamuan ini, saya mengiringi pelajar ke Pertandingan Robotik Kebangsaan di Tanjung Malim. Tapi yang saya tahu, ramai cikgu-cikgu yang komen, nasi ayam, sangat sedap. Lemang dan redang tok disponsor oleh gerai lemang dan ketupat yang terdapat di R&R Sg. Perak dan Tapah.
Inilah murid-murid 5PP saya.
Tengok la mereka bergambar, macam-macam gaya.
Macam-macam ragam semasa belajar jugak.
Macam-macam ragam semasa belajar jugak.