Solar, hidro, angin, biomas dan geoterma adalah sumber tenaga boleh diperbaharui. Bahan api fossil dan nuklear adalah sumber tenaga tidak boleh diperbaharui. Berdasarkan kajian, kadar penggunaan sumber tenaga meningkat setiap hari. Hal ini kerana populasi manusia meningkat dan penggunaan mesin, enjin dan kenderaan meningkat.
Bagaimanapun, sumber tenaga tidak boleh diperbaharui semakin berkurang dan kos penggunaan sumber tenaga boleh dipebaharui sangat mahal. Oleh itu, kita seharusnya menggunakan sumber tenaga dengan berhemah.
Kepentingan memelihara sumber tenaga adalah:
a) Memastikan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui seperti petroleum dan nuklear tidak habis digunakan dalam masa yang singkat.
b) Memastikan sumber tenaga digunakan dengan berkesan dan optimum agar tidak berlaku pembaziran.
d) Menggawal penggunaan sumber tenaga agar sumber tenaga tersebut tidak mencemarkan alam sekitar.