- Aloi adalah campuran logam dengan logam lain atau bukan logam dengan komposisi tertentu.
Contoh aloi:
- Keluli, pewter, gangsa, duralumin dan loyang.
Tujuan Pengaloian:
- Menambahkan kekuatan logam tulen.
- Membaiki rupa bentuk @ menarik
- Mengurangkan kesan pengoksidaan @ mengelakkan karat
(click to enlarge)
p/s:
Pada tahun 2008 saya telah menyertai Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Guru Bestari Program Pembestarian Sekolah. Kursus itu dijalankan selama sebulan di BPG Ipoh. Power Point ini dibuat semasa kursus itu.
Bila tengok Power Point ini, teringat kenangan berkursus dulu. Itu lah kursus yang paling lama yag saya sertai....sebulan! Dah jadi macam pelajar asrama sebab duduk diasrama. Kursus start 8.00pg habis 5.00 petang. Setiap malam buat homework, dan esoknya buat presentation.